photo cats_zps7b120df1.jpg
//TEAM IT//
Navi
AMANDA TWITTER QILA TWITTER YAYA TWITTER IKA TWITTER AMIRA TWITTER FACEBOOK
selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Wednesday, July 24, 2013 @ 12:12 AM | 0 Comment [s]

Assalamualaikum semua :)

kami daripada kumpulan TEAM IT yang mengambil jurusan diploma industri logistik di UNIKL MITEC, ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan yang mulia lagi barakah ini. Perbanyakkanlah pahala kita di bulan ini, jauhkanlah diri kita daripada perbuatan yang lagha (sia-sia).

Apa itu Puasa?
Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Hukum Puasa
Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
  • Wajib – Puasa pada bulan Ramadhan.
  • Sunat – Puasa pada hari-hari tertentu.
  • Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.
Syarat Wajib Puasa
  • Beragama Islam
  • Baligh (telah mencapai umur dewasa)
  • Berakal
  • Berupaya untuk mengerjakannya.
  • Sihat
  • Tidak musafir
Rukun Puasa
  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

Syarat Sah Puasa
  • Beragama Islam
  • Berakal
  • Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  • Hari yang sah berpuasa.
Sunat Berpuasa
  • Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
  • Melambatkan bersahur
  • Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
  • Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
  • Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
  • Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
  • Membaca doa berbuka puasa
Perkara Makruh Ketika Berpuasa
  • Selalu berkumur-kumur
  • Merasa makanan dengan lidah
  • Berbekam kecuali perlu
  • Mengulum sesuatu
Hal yang membatalkan Puasa
  • Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
  • kedatangan haid atau nifas
  • Melahirkan anak atau keguguran
  • Gila walaupun sekejap
  • Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
  • Murtad atau keluar daripada agama Islam 

Jangan lupa puasa ! sekian dari kami, warga unikl :)





Older Post | Newer Post

unikl mitec




TEAM IT Members

-->empat dari kiri itu , pensyarah kami.
* Puan Rahimah Kasim :)


The Majesty

Assalamualaikum. Welcome to our official blog be nice here.
Don't forget to tag before you leave! Thank you for dropping by :D


Navigations!


Diary About Stuff Site

Let's Talk!



taskirah ramadhan

1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat
2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.
3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.
4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.
5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.
6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.
7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah


Lagu unikl

KEBANGGAAN KAMI:)

Universiti Kuala Lumpur
Mercu tanda kejayaan MARA
Nakhoda kemajuan siswa-siswi
Mahir, Innovatif, Berdikari

Universiti Kuala Lumpur
Pusat ilmuan teknikal kita
Nakhoda kemajuan teknologi
Di lautan, di daratan
dan di langit tinggi

Universiti Kuala Lumpur
Pelopor teknologi terkini
Nakhoda kemajuan negara kita
Unggul di mata dunia

Universiti Kuala Lumpur..